LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Tuesday 2 June 2015

BULAN MEI

Lembaga Pengawas Sekolah sebagaimana lazimnya menjadi Setiausaha Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada setiap tahun. Tahun ini kami telah mengadakan mesyuarat bersama Majlis Kepimpinan  Sekolah (MKS)  iaitu Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Majlis Ketua Tingkatan, Pengawas Skim Pinjaman  Buku Teks, Pengawas Koperasi Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya. Setiap badan kepimpinan diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari masing-masing. Mesyuarat ini diadakan bagi tujuan pengagihan dan penyelarasan  tugasan sebelum, semasa dan selepas sambutan hari guru peringkat sekolah nanti. Kehadiran wakil Majlis Kempimpinan Sekolah (MKS) amat memuaskan dan semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik. 



Mesyuarat yang diadakan pada 22 April 2015  di bilik Pengawas Sekolah.


No comments:

Post a Comment