LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Wednesday 31 January 2018

KEM KEPIMPINAN LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH

Kem Kepimpinan Lembaga Pengawas Sekolah dan  Majlis Ketua Tingkatan telah diadakan pada 27 Januari 2018, bertempat di Dewan Blok D SMK Seri Iskandar. Kem ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Iskandar. Semua ahli LPS telah didedahkan tentang tugas dan tanggungjawab masing-masing. Semoga ahli LPS tahun ini dapat berkhidmat membantu guru dan juga menjalankan aktiviti sampingan yang telah dirancang. LPS terus BERPRESTIJ. 









PROJEK KUMPUL DANA

Lembaga Pengawas sekolah telah membuat jualan air  sempena Kejohananan Merentas Desa dan Kejohanan Padang dan Balapan bagi tahun 2018. Alhamdulillah hasil jualan memberangsangkan. Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk melaksanakan aktivi LPS tahun ini. Antara aktiviti yang dirancang ialah sambutan hari jadi dan sukaneka, sambutan Hari Raya dan Kenduri Akhir Tahun LPS. Semoga aktiviti tahun in dapat dilaksanakan dengan lancar. LPS terus BERPRESTIJ.






Sunday 21 January 2018

SESI TAARUF 2018

Pada 15 Januari 2018 LPS telah mengadakan sesi taaruf dan fotografi. Tujuan sesi ini adalah untk berkenalan dengan semua ahli keluarga LPS yang lama dan baru. Selesai sesi taaruf sesi bergambar individu dan keumpulan telah dijalankan. Gambar-gambar berkenaan adalah untuk mengemaskini carta organisasi LPS bagi tahun 2018. Pertandingan gambar kumpulan paling kreatif telah diadakan. Semoga ukhwah LPS berterusan. LPS BERPRESTIJ.


Sunday 14 January 2018

MESYUARAT LPS 1/2018

Pada 10 Januari 2018, LPS telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama. Guru Penasihat LPS telah memberi taklimat kepada semua ahli LPS tentang tanggung jawab ahli LPS. Ahli LPS juga telah diberi taklimat tentang tatacara menjalankan tugas-tugas mereka. Dalam mesyuarat tersebut telah diumumkan jawatan Ktua Pengawas dan Naib Ketua pengawas Sekolah bagi tahun 2018. Semoga amanah yang diberikan kepada LPS dapat dilakasanakan sebaik  mungkin. LPS BERPRESTIJ.








Sunday 7 January 2018

SESI PERSEKOLAHAN 2018

Pada 1 Januari 2018, LPS telah membuat perssiapan bagi melancarkan urusan pada hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2018. Seperti biasa LPS menyeediakan sambutan karpet merah untuk semua guru, murid dan ibu bapa dan penjaga yang hadir ke sekolah pada 2 Januari 2018. Persiapan pentas berjalan lancar walaupun hari hujan. Semoga sesi persekolahan tahun 2018 akan terus menjadikan SMKSI EXCELLENT dan LPS BERPRESTIJ.