LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Thursday 26 November 2015

KERJA SEPAKAT MEMBAWA BERKAT: PERSEDIAAN BAGI TAHUN 2016

Jawatankuasa tertinggi Lembaga Pengawas Sekolah telah melakukan persediaan awal untuk sesi persekolahan 2016. Pelabagai aktiviti yang telah  kami lakukan seperti mengemaskini fail-fail Lembaga Pengawas Sekolah, semua buku rekod, mengemas bilik LPS, menyediakan informasi baru untuk papan kenyataan bilik LPS, menyusun semua surah Yasin dan jadual bertugas bulan Januari 2016.


Pada awal tahun 2015 kami berjaya menjalankan kerja-kerja pengemasan  bilik LPS kami. Hasil daripada kutipan jualan ais krim semasa sambutan Hari Guru pada tahun ini, kami telah berjaya mengumpul dana dan dana tersebut telah kami gunakan untuk membangunkan bilik LPS kami. Kami memohon kebenaran Puan Mashitah bt Ismail, Tuan Pengetua kami untuk menggunakan rak-rak dan meja-meja terpakai. Kami bersama-sama bergotong-royong membaiki semua peralatan, mengecat dan membersihkan bilik kami seminggu sebelum cuti sekolah bermula tahun ini. Kami meneruskan kerja-kerja kami dalam cuti sekolah juga agar jentera LPS sesi 2016 berjalan lancar.  Kami amat  bangga kerana bilik LPS kami lebih kondusif dan semoga ianya memberi manafaat kepada semua ahli LPS.



























ANUGERAH KOKURIKULUM 2015


Pada 22 Oktober 2015(Khamis) telah berlangsung Hari Anugerah Gemilang Kokurikulum bagi Tahun 2015.  Kami merasa bangga kerana ahli Lembaga Pengawas telah menerima beberapa anugerah dalam pelbagai kategori pada tahun ini. Sekalung ucapan tahniah kepada semua ahli Lembaga Pengawas yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan juga sahsiah. Semoga semua ahli LPS yang lain dapat melonjakkan pencapaian dalam bidang kokurikulum dan membangunkan sahsiah mereka dari semasa ke semasa.

Mohamad Musthadza b Mohd Norashid, Pelajar Gemilang UPS Menengah Atas

Muhammad Azim b Baharuddin, Pelajar Gemilang Sukan/Permainan Menengah Atas
Muhammad Alif Haiqal b Jamaluddin, Pengerusi Kelab Memanah dan Anugerah Khas HEM Murid Amanah
Nurin Qistina bt Saperi, Murid Berbudi Pekerti Mulia Kategori Perempuan Menengah Atas
Raja Balqis b Raja Razali, Pemenang Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda PPIM
Nurul Aina Amiela bt Khairul Anuar, Pemenang Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda PPIM

Nur Nabilah bt Azman, Pemenang Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda PPIM
Nur Syahira bt Rusli, Pelajar Gemilang UPS Menengah Rendah dan Pemenang Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda PPIM
Neshvinder Singh a/l Balbir Singh, Pelajar Gemilang Ko-Akademik Menengah Atas
Mohamad  Muhaimin b Salleh, Pengerusi Kelab Bola Baling
Muhammad Na'im b Salehuddin, Pengerusi Kelab Ping Pong

Saturday 21 November 2015

HARI AKHIR SESI PERSEKOLAHAN 2015

Sesi persekolahan pada tahun 2015 berakhir pada hari Jumaat bersamaan dengan  20hb Oktober 2015. Unit HEM SMK Seri Iskandar telah mengadakan satu majlis khas untuk semua murid yang hadir penuh ke sekolah pada tahun ini  berjumlah 194 hari. Seperti biasa ahli  Lembaga Pengawas Sekolah terlibat sepenuhnya dalam menguruskan persediaan tempat dan majlis penyampaian  sijil. Puan Mashitah bt Ismail, A.M.N., Tuan Pengetua SMK Seri Iskandar telah menyampaikan sijil kepada semua murid yang hadir penuh ke sekolah. Ahli LPS juga turut diraikan dalam majlis ini. Tahniah kepada semua ahli LPS yang hadir penuh pada tahun ini.

Puan Mashitah bt Ismail, Tuan Pengetua SMK Seri Iskandar menyampaikan ucapan sempena  cuti akhir tahun

Antara ahli LPS yang hadir penuh ke sekolah tahun ini
Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengerusi KGKT ( merangkap guru disiplin) memotong kek dari KGKT sempena cuti akhir  tahun.
Wajah riang untuk cuti sekolah 2015


Selamat Bercuti

TAKLIMAT AKHIR TAHUN 2015 DAN AGIHAN TUGASAN AWAL TAHUN 2016

Pada hari Khamis, 19hb November 2015, jam 7.40 pagi, LPS telah mengadakan sesi taklimat bersama En Halim b Hasan, PK Hal Ehwal Murid. En Halim b Hasan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli LPS yang telah menjalankan tugas sepanjang tahun bagi sesi 2015. Antara intipati ucapan beliau ialah:
1. Pengawas mesti pandai menguruskan pelangan-pelangan iaitu rakan-rakan di sekolah yang rencat dari segi disiplin.
2. Pengurusan disiplin bukanlah  mudah dan ahli LPS diharap menggunakan kesempatan yang ada untuk menabur jasa, bakti dan kenangan yang indah-indah sepanjang persekolahan dan membangunkan LPS dari semasa ke semasa.
3. Pengawas  dengan bantuan semua guru adalah pengawal dan pengurus kes salah laku di sekolah.
4. Teguran yang kita beri memberi pahala kepada kita seumur hidup.
5. Pengawas yang hebat mesti hebat dalam pengurusan masa, jadual diri dan tidak ponteng sekolah.
6. Lembaga Pengawas Sekolah adalah badan  dominan rasmi yang mewakili badan kepimpinan sekolah yang lain  di sekolah seperti Majlis Ketua Tingkatan dan Pembimbing Rakan Sebaya.
7.Pengawas mesti akur dan peka dengan arahan yang diberi dari semasa ke semasa.

Taklimat turut disampaikan oleh Puan Tajunijah bt A.M.S. Aboo Backer, guru penasihat LPS. Pn Tajunijah juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua LPS yang telah menjalankan amanah  sepanjang sesi 2015. LPS telah berjaya melaksanakan tugas-tugas rasmi dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang menjadikan LPS badan kepimpinan sekolah yang dominan. Antara perkara yang disampaikan ialah:
1. Membentangkan organisasi LPS 2016.
2. Membacakan surat akur janji Pengawas Sekolah.
3. Memaklumkan sistem fail LPS yang baru.
4. Pengurusan buku cacatan dan rekod LPS 2016.
5. Penubuhan 12 biro untuk melancarkan pengurusan LPS 2016.
6. Memastikan semua ahli LPS mempunyai buku Peraturan Sekolah SMK Seri Iskandar.
7. "Walk Your Talk"  iaitu semua ahli LPS  mesti akur semua peraturan sekolah.
8. Semangat sepasukan dan kerjasama yang tinggi dari semua ahli LPS amat diperlukan bagi menjayakan organisasi LPS.
9. LPS mesti  menjadi organisasi badan kepimpinan sekolah yang disegani.
10. Semua ahli LPS mesti akur dan patuh dengan arahan yang diberi dari semasa ke se masa.



Sesi taklimat dimualakan dengan uacapan dari En Halim b Hasan, Pk HEM SMK Seri Iskandar

Pengawas Sekolah dan Pengawas Pelatih sesi 2016




Taklimat daripada Pn Tajunijah bt A.M.S. Aboo Backer, Guru Penasihat LPS kami

Ahli LPS mendengar dengan teliti


Harapan yang besar diletakkan oleh pihak pengurusan Hal Ehwal Murid agar Lembaga Pengawas Sekolah menjadi Badan Kepimpinan Sekolah yang dominan di sekolah kami merupakan satu cabaran besar dan kami akan mencuba sebaik mungkin untuk merealisaikan harapan ini. Semoga LPS menjadi badan yang disegani di sekolah kami.