LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Saturday 28 January 2017

KEM KEPIMPINAN LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH 2017

Pada 21 Januari 2017, Kem Kepimpinan Lembaga Pengawas Sekolah telah diadakan dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Iskandar. Kem tersebut telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai informasi  menjadi pemimpin yang cemerlang dikongsi dalam majlis tersebut. Encik Hamshah bin Noraini, Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling Perak Tengah, telah berkongsi tips komunikasi berkesan bagi  menjadi pemimpin cemerlang. Encik Halim bin Hassan, PK Hal Ehwal Murid berkongsi info bagaimana menjadi pengawas sekolah yang cemerlang.  Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang kem tersebut. Puan Mashitah bt Ismail, Pengetua SMK Seri Iskandar telah menutup kem tersebut pada jam 5.00 petang. Lembaga Pengawas Sekolah mengucapkan terima kasih kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling yang telah bertungkus lumus menjayakan kem pada tahun ini. LPS BERPRESTIJ, SMKSI EXCELLENT.






















Sunday 22 January 2017

SEDIA MEMBANTU: MAJLIS JASAMU DIKENANG: PERSARAAN PUAN HAJAH LATIFAH BT MOHD TAHIR

Pada 19 Januari 2017 Lembaga Pengawas Sekolah telah bergotong royong untuk membuat persiapan untuk majlis persaraan Puan Hajah Latifah bt Mohd Tahir. Guru-guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah turut bersama kami untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Pada 21 Januari 2017 majlis persaraan Puan Hajah Latifah bt Mohd Tahir telah berjalan dengan lancar. Encik Ahmad Azuwan bin Ismail, Penolong PPD Hal Ehwal Murid, Unit Pembangunan Kemanusian PPD Perak Tengah telah hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.  Kami mengucapkan Selamat Bersara kepada Puan Hajah Latifah dan semoga bahagia selalu.











Saturday 21 January 2017

SEDIA MEMBANTU : MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN PETI ADUAN MURID 2017

Pada 17 Januari 2017, majlis pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Peti Aduan Murid telah diadakan. Lembaga Pengawas Sekolah bersama-sama  guru-guru  Penasihat LPS telah menjalankan tugas yang diberikan untuk mengacarakan majlis, membaca doa, membuat  persediaan tempat dan membantu mengedarkan pamplet dan hadiah dan gimik perasmian. Kami telah mengadakan raptai pada hari Sabtu bermula jam 8 hingga 12 tengahari untuk membuat persediaan awal agar majlis pada hari yang berkenaan berjalan lancar. Kami mengucapkan terima kasih dan amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh pihak pentadbir sekolah, Puan Mashitah bt Ismail,,Pengetua sekolah kami  untuk membantu guru-guru dalam menjayakan program tersebut. Ianya banyak memberi pengalaman kepada kami. Semoga LPS terus BERPRESTIJ dan SMKSI Excellent.
































Friday 20 January 2017

SEDIA MEMBANTU: MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN 3S DAERAH PERAK TENGAH

Lembaga Pengawas Sekolah bersama-sama guru Penasihat LPS dan AJK Pelaksana Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang dan 3S peringkat Daerah Perak Tengah telah bersama-sama membuat persiapan pada hari Sabtu 15 Januari  2017. Raptai majlis juga telah dibuat agar majlis berjalan lancar. Pada 17 Januari 2017, semua Guru Besar dan Pengetua sekolah-sekolah di Daerah Perak Tengah telah hadir ke SMK Seri Iskandar seawal jam 7.00 pagi bagi menyambut kehadiran semua murid ke sekolah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato Nasaruddin bin Hashim, ADUN Bota. Encik Ahmad Zakuan bin Haji Mohd Razi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah turut hadir. Sambutan hari lahir juga turut diadakan. Semoga semua warga sekolah Daerah Perak Tengah menyahut cabaran program ini dan melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.














TERIMA KASIH SEMUA AHLI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH 2017
YANG SENTIASA SEDIA MEMBANTU UNTUK LPS BERPRESTIJ DAN SMKSI EXCELLENT