LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Sunday 30 April 2017

SEDIA MEMBANTU: PERTANDINGAN POETRY RECITAL PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH

Pada 26 April 2017 telah berlangsung pertandingan Poetry Recital Peringkat Daerah Perak Tengah. Ahli Lembaga Pengawas Sekolah seperti biasa membantu guru-guru dalam persiapan dewan dan pentas. Peserta dari SMk Seri Iskandar mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.





Sunday 23 April 2017

TAHNIAH AHLI LPS YANG GEMILANG AKADEMIK DAN YANG MEMBANTU DALAM MAJLIS ANUGERAH GEMILANG AKADEMIK




Bersyukur ke hadrat Illahi Majlis Anugerah Gemilang Akademik SMK Seri Iskandar kali ke-16 telah dapat dilaksanakan dengan meriah dan gemilang yang telah diadakan di Iskandar Ballroom, D’Hotel Seri Iskandar pada 14 April 2017(Jumaat) bermula jam 8.30 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Rosli Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran En. Zaudi Bin Hj, Lebai Mat, Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, En. Mahamad Ali Bin Kamijis, YDP PIBG, AJK PIBG, ibu bapa dan penjaga murid yang terlibat serta tetamu jemputan yang lain.

Penyampaian anugerah ini terdiri pelbagai kategori seperti Anugerah Gemilang Setiap Tingkatan, Anugerah Galakan Setiap Tingkatan, Anugerah Akademik Pendidikan Khas, Anugerah Gemilang Mata Pelajaran Terbaik dan Anugerah Gemilang Peperiksaan Awam, 

Ahli Lembaga Pengawas Sekolah juga terlibat dalam persembahan dan juga gimik pelancaran pada tahun ini. Kerjasama semua ahli yang terlibat diucapkan terim kasih. Kemenjadian ahli LPS SMKSI amat membanggakan. LPS BERPRESTIJ, SMKSI EXCELLENT.

Lembaga Pengawas Sekolah mengucapkan tahniah dan syabas semua ahli LPS yang menerima anugerah pada tahun ini. Semoga anda semua  terus sukses.






























TAHNIAH SEMUA







TERIMA KASIH SEMUA