LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Tuesday 2 June 2015

BULAN MEI: 15 MEI 2015 DAN 17 MEI 2015

Pada 15 Mei 2015, bermula jam 3.00 petang sehingga 5.30 petang, kami telah memulakan kerja-kerja awal  persiapan hari guru tahun ini. Pada 17hb Mei 2015 bermula jam 8.00 pagi kami sekali lagi bergotong royong menyiapkan pentas dan mengadakan raptai penuh untuk sambutan hari guru tahun ini. Kami  menjalankan raptai ini agar perjalanan sambutan hari guru tahun ini berjalan lancar. Kerjasama yang diberikan oleh semua AJK Majlis Kepimpinan Sekolah amat menggalakkan. Kami merasa sangat gembira kerana dapat menimba banyak pengalaman  baru semasa melakukan persiapan dan raptai ini. Kami juga gembira kerana banyak perkara baru yang kami pelajari, yang mana tidak dapat kami perolehi melalui pembelajaran di dalam kelas. Rupa-rupanya bukan mudah untuk mengelolakan sesuatu majlis. Kami juga dikejutkan dengan kehadiran Tuan Pengetua kami, Puan Mashitah bt Ismail yang sudi bersama-sama kami pada pagi Ahad berkenaan. Terharu kami atas kerjasama yang diberikan oleh Tuan Pengetua kami. Terima kasih kepada guru Penasihat kami,  Pn Tajunijah bt A.M.S. Aboo Backer yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami Lembaga Pengawas Sekolah  dan juga semua AJK Majlis Kepimpinan Sekolah yang terlibat. Tidak lupa juga kepada Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMKSI iaitu En Mohd Effendi b Abd Mokti yang berada bersama-sama kami pada hari yang berkenaan.

SENARIO PADA 15 MEI 2015 DAN 17 MEI 2015






































Sarapan dahulu.







Pemain Kompang SMKSI


Pesilat SMKSI

"Jangan lupa bila dicucuk bunga mangagar ni sepatutnya menjadi rimbun"

Masing-masing teringin melihat hantaran untuk VVIP...tunggu esok


"Ukur dahulu sebelum digergaji"


"Seperti kenduri kahwin"



"Kira jumlah bunga manggari ni dan bahagikan kepada dua agar bunga manggar sama rimbun dan cantik"


Menulis ucapan Hari Guru : Sudah tidak sabar menunggu esok

Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah: Pn Tajunijah bt A.M.S. Aboo Backer bersama beberapa ahli MKS


Pengerusi KGKT SMKSI: En Mohd Effendi b Abd Mokti
Dalam keghairahan berkerja kami tidak menyedari masa begitu pantas bergerak. Pukul 2.30 petang semua kerja kami selesai. Kami merasa puas hati dan gembira. Kami mengharapkan agar usaha kami diberkati Allah dan semoga sambutan Hari Guru sekolah kami esok berjalan lancar.


No comments:

Post a Comment