LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Tuesday 8 December 2015

SQUAD CCDD LPS: CUCI-CUCI DECO-DECO LPS


Dalam usaha mencari dana LPS, kami telah mengambil keputusan untuk menyediakan khidmat mencuci dan menghias bilik-bilik tertentu di sekolah. Kami mengenakan bayaran berjumlah RM100.00 sahaja bagi setiap kerja pembersihan dan  hiasan. Alhamdulillah, Tuan Hj Mohd Ikram b Hj Zulkafali, PPT, Penolong Kanan Kokurikulum sekolah kami telah sudi mengambil perkhidmatan kami. Kami bersama guru Penasihat LPS, telah memulakan kerja-kerja awal membersihkan bilik tersebut pada 18 Oktober 2015. Kami berharap usaha kami ini akan berjaya menarik minat warga sekolah untuk mengambil khidmat kami. Selain daripada menambah dana LPS, kami juga belajar tentang semangat gotong royong, kerjasama dan kreativiti semasa melakukan kerja-kerja kami. Semoga usaha kami diberkati.