LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Friday 10 July 2015

SEDIA BERKHIDMAT








Pada 8,9 dan 10 Julai 2015  Program Bertemu Waris telah diadakan di SMK Seri Iskandar. Ramai ibu bapa dan penjaga yang hadir ke sekolah untuk menandatangani kad pelaporan anak-anak mereka dan berjumpa dengan guru-guru. Ahli Lembaga Pengawas Sekolah menghulurkan khidmat  menyambut kehadiran mereka dan membantu memberi tunjuk arah  kepada mereka yang memerlukan bantuan.


IHYA' RAMADHAN : SOLAT HAJAT

Setiap bulan semua murid  dan guru Islam SMK Seri Iskandar akan bersama-sama bersolat Hajat. Pada bulan Ramdhan solat Hajat dijalankan pada setiap hari Jumaat. Pada tahun ini kami  berkesempatan bersolat hajat dan semoga   program ini  akan berterusan.







IHYA' RAMADHAN : IFTAR





Program Ihya' Ramdhan diadakan setiap tahun di SMK Seri Iskandar. Pada tahun ini Iftar bersama semua guru dan satff sekolah telah diadakan pada 1 Julai 2015. Lembaga Pengawas Sekolah sebagaimana lazimnya menyertai program Iftar ini. Sambutan dari ahli Lembaga Pengawas Sekolah amat menggalakkan. Ahli Lembaga Pengawas telah berkumpul seawal jam 6.30 petang. Majlis dimulai dengan bacaan tahlil. Seusai berbuka puasa kami menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau sekolah.