LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Tuesday 14 April 2015

PROGRAM PONTENG SIFAR

Pada hari Isnin, 13 April 2015 bertempat di Dataran Bestari SMK Seri Iskandar satu ceramah khas telah diadakan sempena program Ponteng Sifar. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Ahmad Zakuan b Hj Mohd Razi, Penolong PPD (HEM), PPD Perak Tengah. Matlamat program ini adalah bagi memantau dan membanteras gejala ponteng di kalangan murid. Objektif program ini adalah untuk:
1. menarik minat murid  datang ke sekolah.
2. mengurangkan kadar ponteng
3. menyedarkan murid kesan negatif ponteng
4. memberi kesedaran kepada ibu bapa  dan masyarakat tentang gejala ponteng yang berleluasa.
Tuan Pengetua, Puan Mashitah bt Ismail menyampaikan ucapan.

Encik Halim b Hassan, Penolong Kanan HEM sedang  berbincang bersama Encik  Ahmad Zakuan b Hj Mohd Razi

Murid-murid tekun mendengar ceramah

Barisan pengawas sekolah yang bersiap sedia untuk bertugas

Ahli lembaga pengawas sekolah yang membantu perjalanan  program pada hari berkenaan

Penolong PPD (HEM), PPD Perak Tengah, Encik Ahmad Zakuan b Hj Mohd Razi sedang menyampaikan ceramah.

Ahli lembaga pengawas yang bertugas sebagi juru foto sepanjang majlis berlangsung

Bersiap sedia membantu guru bertugas


Bacaan Ikrar Ponteng Sifar oleh Ketua Pengawas Sekolah


No comments:

Post a Comment