LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Tuesday 30 May 2017

SEDIA MEMBANTU: IHYA RAMADAHAN DAN AIDIL FITRI

Untuk menyemarakkan sambutan bulan Ramdhan pada tahun ini, Ahli-ahli LPS yang berbakat dan kreatif dalam menghias pentas telah suka rela menyediakan back drop untuk meraikan kehadiran bulan Ramadhan. Terima kasih kepada ahli-ahli yang sentiasa pro-aktif dan sentiasa ringan tulang membantu gutu-gutu. Semoga LPS terus BERPRESTIJ.







Monday 29 May 2017

KEMPEN ANTI BULI

Pada 27 Mei 2017, pihak sekolah bersama dengan IPD Seri Iskandar telah melancarkan Kempen Anti Buli. Pegawai Perhubungan Polis Sekolah ASP Rohana bt Abd Majid dan SM Abd Rahman b Abdullah turut hadir bagi menyampaikan taklimat dan merasmikan kempen tersebut. Semoga SMK Seri Iskandar sifar kes buli.



Saturday 20 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU 2017

Pada 16 Mei 2017 telah diadakan majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Seperti biasa LPS diamanahkan sebagai Setiausaha sambutan tersebut. Semua ahli LPS telah memulakan persiapan seawal 14 dan 15 Mei bagi memastikan kelancaran sambutan pada tahun ini. Sambutan yang sederhana tetapi meriah berjalan lancar dan kami semua ahli LPS mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMK Seri Iskandar dan juga semua guru di Malaysia.







Thursday 11 May 2017

BILIK LPS BERWAJAH BARU

Pada 9 Mei 2017 AJK tertinggi LPS telah mengadakan gotong royong mengemas dan menambahbaik bilik LPS. Bilik kecil ini mejadi tempat perkumpulan dan juga mesyuarat untuk ahli LPS. Bilik ini mempunyai sebauah pantri mini untuk kemudahan ahli yang menjalankan tugas LPS. Semoga bilik ini dapat dimanafatkan dengan sebaik mungkin oleh semua ahli LPS.