LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Friday 15 April 2016

KAMI SEDIA MEMBANTU; PENTAS ANUGERAH GEMILANG AKADEMIK 2016

Ahli Lembaga Pengawas Sekolah sekali lagi membantu  dalam persiapan pentas untuk hari Anugerah Akademik SMKSI yang berlangsung pada 14 April 2016. Kami memulakan  persediaan peralatan dan perhiasan pentas bermula 11 April 2016 di bawah bimbingan guru penasihat LPS. Kami belajar kemahiran baru dalam  karaftangan menggunkan kertas dan menghias pentas. Ia adalah satu pengalaman baru dan menyeronokkan terutama bagi ahli yang baru menyertai LPS SMKSI. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama ahli yang terlibat. Semoga ilmu yang dipelajari ini dapat dimanfaatkan. 

SENARIO PERSIAPAN PENTAS AGA 2016


























SQUAD CUCI CUCI DEKO DEKO

Pada 9-10 April bermula jam 8.30 pagi  squad kami telah melakukan kerja-kerja pembersihan dan dekorasi bilik mesyuarat di PPD Perak Tengah. Kami sangat berbangga kerana diberi kepercayaan melakukan kerja-kerja membersihkan dan mendekorasi bilik tersebut. Ia merupakan pengalaman baru bagi squad kami. Guru Penasihat kami sentiasa memberi tujuk ajar dan kami berharap hasil kerja kami dapat mencapai tahap yang diinginkan. Terima kasih sekali lagi.


 HASIL KERJA  CUCI-CUCI DAN DEKO-DEKO KAMI















Friday 8 April 2016

KAMI SEDIA MEMBANTU : PROGRAM UNIT BAHASA SMKSI GURU PENYAYANG

Unit Bahasa SMKSI telah  memberi kepercayaan kepada Lembaga Pengawas Sekolah untuk menguruskan persiapan sambutan hari jadi warga SMKSI yang dilahirkan pada bulan April. Pn Noor Asiah bt Ismail , guru kanan Unit Bahasa  sekolah kami bersama guru penasihat LPS banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan  dari awal persiapan dan semasa sambutan hari jadi berkenaan. Kami mengucapkan terima kasih kepada Unit Bahasa kerana  memberi kami peluang untuk menabur bakti berkhidmat di sekolah kami dalam satu aktiviti yang sebegini. Ini dapat menambahkan pengalaman kami. Kami akan terus berprestij.


 Majlis dimulakan dengan bacaan doa

 Guru Penasihat kami juga lahir pada bulan April

Kenangan terindah buat juru foto LPS bila bonda menghadiahkan kek hari jadi









Pulut kuning dan rendang ayam

Juru foto LPS menyambut hari jadi hari ini...Selamat Hari Jadi dari keluarga LPS

Puan Mashitah bt Ismail, Tuan Pengetua kami turut bersama memeriahkan majlis hari lahir kali ini


Bunting yang sangat menarik

Guru Penasihat kami juga menyambut hari lahir bulan April 

Guru dan murid yang menyambut hari lahir bergambar bersama Tuan Pengetua


Ahli LPS di belakang tabir persediaan untuk majlis berkenaan

Thursday 7 April 2016

SAMBUTAN HARI LAHIR AHLI LPS BULAN JANUARI HINGGA APRIL

Biro Kebajikan LPS bersama AJK  telah mengadakan majlis sambutan hari lahir ahli LPS yang lahir pada bulan Januari, Februari, Mac dan April pada 1 April 2016 di bilik Lembaga Pengawas Sekolah.. Majlis sederhana ini dirancang untuk melahirkan rasa syukur dan meraikan ahli yang  dilahirkan pada bulan berkenaan. Kek coklat moist yang disediakan sungguh sedap. Adalah diharapkan sambutan hari lahir sesi 2 dan 3 akan lebih meriah lagi.