LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Saturday 14 November 2015

PERJUMPAAN PAGI PERTAMA PENGAWAS PELATIH BAGI SESI 2016

Pada 9 Oktober yang lalu telah diadakan perjumpaan pagi pertama bagi semua pengawas pelatih. Semua pengawas pelatih diberi tanda nama pengawas pelatih  dan seramai 42 orang calon pengawas akan menjalani sesi percubaan sehingga hujung bulan Januari 2016. Adalah diharapkan semua pengawas pelatih dapat memikul amanah yang diberikan oleh pihak sekolah dalam menjalankan tugasa sebagai pengawas sekolah.






LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

PANDUAN TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB  LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH

A.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS SEKOLAH
1.         Mengawal disiplin pelajar.
2.         Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas ‘junior’.
3.         Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4.         Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat
            kepada rakan-rakan pelajar.
4.         Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
5.         Mematuhi peraturan sekolah dan menguatkuasakannya.
6.         Memimpin rakan-rakan pelajar.
7.         Mencegah kes jenayah di sekolah.
8.         Menghormati guru.
9.         Tidak mengamalkan sikap berat sebelah dalam tugas harian.
10.        Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas dan  sentiasa 
              menjalankan tugas dengan penuh  dedikasi dan amanah.
11.        Mendisiplinkan diri sendiri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
12.        Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,
              kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
13.        Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada
              Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
14.        Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya 
             upaya untuk mengubah sikap mereka.
15.        Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada 
             mereka yang bersalah.
16.        Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
17.        Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas
             lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
18.        Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin dan semasa bergerak
             ke bilik-bilik   khas seperti makmal, bengkel dan Pusat Sumber Sekolah.
19.        Menerima dan menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

B.         TUGAS PENGAWAS SANGAT BESAR
1.         Bertindak sebagai PENDEDAH
2.         Bertindak sebagai PEMBIMBING
3.         Bertindak sebagai BADAN PERUNDING
4.         Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG
5.         Bertindak sebagai PERANCANG
6.         Bertindak sebagai ROLE MODEL

C.         TUGAS KECIL PENGAWAS SEKOLAH
1.             Pintu Pagar Utama dan Pintu Pagar Belakang
2.             Kantin Sekolah
3.             Perhimpunan Sekolah
4.             Kelas
5.             Majlis Perasmian/Perayaan

D.         PROSEDUR KERJA PENGAWAS SEKOLAH
1.            Membuat kawalan di Pintu Pagar sekolah secara berkumpulan sama ada
               di hadapan atau di belakang
   kawasan sekolah.
2.            Mendekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah.
3.            Memanggil namanya  jika mengenalinya.
4.            Menegur dengan cara yang baik.
5.            Bertanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (Sekiranya lewat). Memberi nasihat 
   Contohnya:   “Boleh awal sikit ke sekolah”
6.            Sekiranya baru kali pertama lewat sila nasihatkan sahaja.
7.            Sekiranya kesalahan yang berulang dilakukan catatkan dalam buku rekod.

2.         CATAT DALAM BUKU REKOD :
1.             Kesalahan lewat ke sekolah
2.             Tidak memakai topi keledar bagi penunggang motosikal
3.             Memakai seluar yang  tidak menepati  saiz dan ukuran
4.             Tidak memakai lencana sekolah
5.             Tidak memakai tali leher  sekolah (L)
6.             Berambut panjang
6.             Berambut pendek yang berfesyen
7.             Tidak memakai stoking
8.             Tidak  meletakkan  basikal/motosikal yang dibawa dengan teratur.
9.             Memakai perhiasan yang dilarang (P)
10.          Memakai gincu bibir dan celak mata (P)
11.          Memakai inai (P)
12.          Memakai pakaian PJ tidak seperti yang diarahkan pihak sekolah
13.          Memakai baju kurung yang jarang dan sempit (P)
14.          Memakai tudung terlalu singkat (P)
15.          Mamakai kain sarung yang sempit dan singkat (P)

3.         PROSEDUR BERTUGAS DI KANTIN SEKOLAH
1.             Memasstikan pelajar beratur mengikut saluran tertentu semasa 
                berurusan di kaunter makanan dan minuman.
2.             Memastikan pelajar duduk di meja  makan lelaki /perempuan
3.             Memastikan pelajar duduk bersopan
4.             Meminta semua pelajar  memasukkan  bekas makanan selepas makan ke dalam 
                bekas yang disediakan
5.             Mendekati pelajar yang cenderung terlampau bising ketika makan
6.             Memerhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan jeling
7.             Menegur kesalahan secara berhemah
7.             Menyebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
8.             Memberitahu secara baik
9.             Sekiranya pelajar degil juga  sila perhatikan sahaja dan pada masa yang 
                sama kesan namanya.
10.          Catat dalam buku laporan

4.         PROSEDUR BERTUGAS DI DEWAN DAN MAJLIS RASMI SEKOLAH
1.             Berada dalam kedudukan masing-masing
2.             Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja
3.             Mendekati pelajar yang cenderung terlampau bising
4.             Memberi isyarat jangan bising
5.             Memerhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya
6.             Menegur kesalahan secara berhemah
7.             Menyebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
8.             Sekiranya pelajar degil juga sila perhatikan sahaja dan pada masa yang 
                sama kesan  namanya.
9.             Catat dalam buku laporan

5.             PROSEDUR BERTUGAS MENJAGA KELAS SEWAKTU REHAT
1.             Berada dalam kedudukan masing-masing
2.             Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja
3.             Mendekati pelajar yang cenderung makan minum dalam kelas waktu rehat
4.             Memberi isyarat jangan makan dalam kelas
5.             Memerhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya
6.             Menegur kesalahan secara berhemah
7.             Menyebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
8.             Sekiranya pelajar degil juga sila perhatikan sahaja dan  pada masa yang 
                 sama kesan namanya.
9.             Semua pelajar  tidak dibenarkan berada di dalam kelas sewaktu rehat 
                sepanjang bulan Ramdhan.
10.          Catat dalam buku laporan jika terdapat murid yang ingkar.
Perjumapaan pagi pertama LPS pelatih
Perjumpaan pagi LPS bermula jam 7.00 pagi



Penyerahan tanda nama Pengawas Pelatih



No comments:

Post a Comment