LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Saturday 14 November 2015

KEM PENGURUSAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH




SMK SERI ISKANDAR 32610 SERI ISKANDAR
LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
KERTAS KERJA 
KEM PENGURUSAN PERHIMPUNAN RASMI  SEKOLAH
LEMBAGA   PENGAWAS SEKOLAH 2015 


1.0  PENDAHULUAN
             Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Lembaga Pengawas Sekolah (LPS). Program ini melibatkan calon pengawas bagi sesi 2016. Program ini dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada pengawas yang dicalonkan dalam   meningkatkan   jati diri    dan   semangat   waja   sebelum menjalankan tugas dan amanah pada tahun hadapan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam persediaan mereka dari semasa ke semasa demi mengharumkan nama Lembaga Pengawas  Sekolah.

2.0  MATLAMAT
                 Program Kem Pengurusan Perhimpunan Rasmi Sekolah   ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam menghadapi tugasan LPS melalui strategi LDK  yang lebih efektif sama ada secara mental, fizikal dan spiritual dalam tahap motivasi yang  maksimum bagi LPSuntuk  melaksanakan tugas.


3.0  OBJEKTIF
                Program ini menitik beratkan tema daripada visi LPS   iaitu LPS Cemerlang,Bestari dan Gemilang. Tema khusus untuk kem  ini adalah “Pengurusan Perhimpunan Rasmi Sekolah  Cemerlang  Pencetus Pengawas Berpotensi”.

4.0  SASARAN
                 Semua LPS  Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 SMK Seri Iskandar

5.0  TARIKH PELAKSANAAN
    12 November 2015 (Khamis)
6.0  TEMPAT:
                SMK Seri Iskandar
7.0  MASA
         2.30 ptg  hingga 5.00 petang.
PENUTUP
Diharap program yang dirangka dapat memberi pengetahuan dan  semangat baru kepada LPS sedia ada dan LPS baru  dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah.. Program  ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan   positif  dalam   merealisasikan   impian   LPS    iaitu   mengekalkan   prestasi  yang terbaik dalam  badan kepimpinan sekolah. Selain itu,  program ini juga diharap dapat membentuk potensi pelajar yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.



Kaunter Pendaftaran dibuka pada  jam 2.00  petang di ruang legar blok A

Pengawas Sekolah sedia ada dan baru mendaftar diri untuk kem

Kudapan sebelum kem bermula

Pengawas sedia ada dan baru sedang menjamu selera


Pengawas menegah rendah dan menengah atas menjamu selera bersama-sama

 
Kem dimulakan dengan bacaan doa oleh Afif Azahari b Azmazulailah

Ucapan daripada Guru Penasihat LPS

Slot Ceramah Pengacaraan Majlis dikendalikan oleh penceramah jemputan En. Mohd Suhaimi b Mohd Zain

Peserta kem tekun mendengar tips-tips pengacaraan majlis

LDK 1 : Pengacaraan Majlis Perhimpunan Sekolah

LDK 2: Bacaan Doa
LDK 3 : Pengurusan Audio

LDK 4 : Majlis Penyampaian Hadiah
Semua peserta gembira mendengar taklimat AJK Audio
Ucapan penutup daripada guru penasihat LPS
Majlis penutup diuruskan dengan jayanya oleh pengawas-pengawas  pelatih


No comments:

Post a Comment