LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Saturday 25 June 2016

RAMADHAN KAREEM 2016

Sepanjang bulan Ramadhan ahli Lembaga Pengawas Sekolah telah menghulurkan bantuan kepada Panitia Pendidikan Islam menjalankan aktiviti untuk semua murid SMKSI. Seperti biasa kami menyediakan peralatan audio,pentas dan pengacara majlis  bagi majlis ceramah Ihya' Ramadhan. Kami juga tidak ketinggalan menyertai program Tadarus Al-Quran serta membantu Panitia Pendidikan Islam menjalankan kutipan derma sempena bulan Ramadhan tahun ini.

Pada 23 Jun 2016, pihak sekolah SMKSI telah menjemput semua ahli LPS  untuk bersama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Kelab Guru dan Kaki Tangan dalam majlis Iftar. Iftar pada kali ini istimewa kerana Puan Mashitah bt Ismail, Tuan Pengetua kami menyambut hari lahir pada 23 Jun. Kami mengaminkan doa dan juga menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Bonda" khas untuk Tuan Pengetua kami. Seramai 72 orang ahli LPS telah turut sama dalam majlis Iftar pada tahun ini. .Terima kasih kami ucapkan atas jemputan pihak SMKSI. Kami sangat menghargai jemputan tersebut. Semoga Ramadhan tahun ini membawa sinar baru dalam jiwa semua ahli LPS.















No comments:

Post a Comment