LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Saturday 28 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016


Hari Guru disambut pada 16 Mei  setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Malaysia sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Badan Kepimpinan Murid SMKSI telah berkerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Kelab Guru dan Kakitangan SMKSI telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2016 untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan guru di atas tugas-tugas yang telah diamanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa dan negara.  

Lembaga Pengawas Sekolah telah diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugas sebagai setiusaha program dan kami telah mengadakan mesyuarat awal dan agihan tugas di antara semua Badan Kepimpinan Sekolah. Memandangkan sambutan pada tahun ini jatuh pada musim peperiksaan pertengahan tahun, kami merancang sambutan yang berkonsepkan 3S iaitu Simple, Sweet and Smart. Kami bersyukur kerana sambutan kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami sepanjang perjalanan sambutan Hari Guru tahun ini. 


Perarakan masuk semua guru diiringi kompang dan bungga manggar oleh Majlis Ketua Tingkatan



Perarakan masuk semua guru dan AJK PIBG


Pengacara majlis dari Lembaga Pengawas Sekolah


Pembaca doa dari Pembimbing Rakan Sebaya


 Lembaga Pengawas Sekolah mewakili semua murid mengucapkan 
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMKSI


Perutusan Menteri Pelajaran dibacakan oleh En Abu Hamid b Meri, PK Pentadbiran SMKSI


Perasmian sambutan oleh En Mahamad Ali b Kamijis, YDP PIBG SMKSI




Gimik perasmian disempurnakan oleh En Mahamad Ali b Kamijis


Penyampaian cenderamata kepada En Mahamd Ali b Kamijis 
oleh Pn Mashitah bt Ismail, Pengetua SMKSI



Ikrar dan Nyanyian Guru Malaysia oleh semua guru SMKSI


Persembahan dari Lembaga Pengawas Sekolah


Deklamasi sajak dari En Mohd Effendi b Hj Abd Mokhti



Sketsa dari kumpulan Sketsa Rukun Tentangga SMKSI


 Nyanyian Terima Kasih Cikgu daripada semua murid SMKSI

Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman di antara semua murid dan guru 





No comments:

Post a Comment