LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Sunday 14 February 2016

PRESTIJ BULETIN LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH AKAN DITERBITKAN

Lembaga Pengawas Sekolah sedang rancak menjalankan kerja-kerja akhir untuk memastikan keluaran sulung buletin kami berjalan lancar. Biro Penerbitan yang diketuai oleh Nurul Amirah bt Shaikh Abdul Bashir mengumpulkan maklumat berkaitan aktiviti Lembaga Pengawas Sekolah bagi sesi 2016. Kami juga mengambil kesempatan dalam keluaran sulung  ini untuk memuatkan hasrat Tuan Pengetua kami dan juga bicara Penolong Kanan HEM sekolah kami. Buletin ini kami namakan PRESTIJ selaras dengan slogan kami iaitu LPS Berprestij, SMKSI Excellent. Buletin ini diterbitkan untuk berkongsi aktiviti yang kami lakukan bersama warga sekolah di samping mempromosikan disiplin dan juga petikan dari buku peraturan sekolah kami. Di bawah tunjuk ajar guru Penasihat kami Puan Tajunijah bt A.M.S.  Aboo Backer kami belajar banyak perkara tentang menerbitkan buletin, cara menemubual pentadbir sekolah dan cara menulis laporan aktiviti. Sebarang kekurangan bagi penerbitan sulung ini kami mohon maaf dan sebarang pandangan dan cadangan yang membina adalah sangat kami alu-alukan.

No comments:

Post a Comment