Lembaga Pengawas Sekolah dalam usaha mengumpul dana untuk membangunkan unit kami telah mengadakan jualan sempena KOT yang berlangsung pada 25 Februari 2016. Kebenaran telah diperolehi daripada Puan Mashitah bt Ismail, Tuan Pengetua sekolah kami untuk mengadakan jualan tersebut. Semua AJK yang terlibat telah memberikan kerjasama yang sangat baik bagi melaksanakan tugas masing-masing. Kami berjaya mendapat keuntungan di luar dugaan. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah memberikan kerjasama yang padu kepada kami.
No comments:
Post a Comment