Pada 16 Januari 2016, Sabtu seramai 24 orang ahli Lembaga Pengawas tingkatan 5 telah mengikuti kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh UPM Serdang. Kursus yang bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bersama siswa-siswi Kolej Zaaba UPM Serdang seramai 46 orang. Aktiviti-aktiviti tersebut menjadi pemangkin bagi semua peserta yang hadir menjadi pemimpin di sekolah. Adalah diharapkan seramai 24 orang ahli LPS yang menghadiri kursus tersebut akan menjadi pemimpin yang berjaya di sekolah dan di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment