SMK SERI
ISKANDAR 32610 SERI ISKANDAR
LEMBAGA PENGAWAS
SEKOLAH
KERTAS KERJA
KEM PENGURUSAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
KEM PENGURUSAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
LEMBAGA PENGAWAS
SEKOLAH 2015
1.0 PENDAHULUAN
Program
ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Lembaga Pengawas Sekolah
(LPS). Program ini melibatkan calon pengawas bagi sesi 2016. Program ini
dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada pengawas yang dicalonkan
dalam meningkatkan jati diri
dan semangat waja
sebelum menjalankan tugas dan amanah pada tahun hadapan. Semoga usaha
ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam persediaan
mereka dari semasa ke semasa demi mengharumkan nama Lembaga Pengawas Sekolah.
2.0 MATLAMAT
Program Kem Pengurusan Perhimpunan Rasmi Sekolah ini adalah bertujuan memberi
pendedahan kepada pelajar dalam menghadapi tugasan LPS melalui strategi LDK yang lebih efektif sama ada secara mental,
fizikal dan spiritual dalam tahap motivasi yang
maksimum bagi LPSuntuk melaksanakan tugas.
3.0 OBJEKTIF
Program ini menitik beratkan tema daripada visi
LPS iaitu LPS Cemerlang,Bestari dan
Gemilang. Tema khusus untuk kem ini adalah “Pengurusan Perhimpunan Rasmi Sekolah Cemerlang Pencetus Pengawas Berpotensi”.
4.0 SASARAN
Semua LPS Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 SMK Seri
Iskandar
5.0 TARIKH
PELAKSANAAN
12
November 2015 (Khamis)
6.0 TEMPAT:
SMK Seri Iskandar
7.0 MASA
2.30
ptg hingga 5.00 petang.
PENUTUP
Diharap
program yang dirangka dapat memberi pengetahuan dan semangat baru kepada
LPS sedia ada dan LPS baru dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai pengawas sekolah.. Program ini juga diharapkan dapat mencapai
objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif
dalam merealisasikan impian
LPS iaitu
mengekalkan prestasi yang terbaik dalam badan kepimpinan sekolah. Selain
itu, program ini juga diharap dapat
membentuk potensi pelajar yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Kaunter Pendaftaran dibuka pada jam 2.00 petang di ruang legar blok A |
Pengawas Sekolah sedia ada dan baru mendaftar diri untuk kem |
Kudapan sebelum kem bermula |
Pengawas sedia ada dan baru sedang menjamu selera |
Pengawas menegah rendah dan menengah atas menjamu selera bersama-sama |
Ucapan daripada Guru Penasihat LPS |
Slot Ceramah Pengacaraan Majlis dikendalikan oleh penceramah jemputan En. Mohd Suhaimi b Mohd Zain |
Peserta kem tekun mendengar tips-tips pengacaraan majlis LDK 1 : Pengacaraan Majlis Perhimpunan Sekolah |
LDK 2: Bacaan Doa |
LDK 3 : Pengurusan Audio |
LDK 4 : Majlis Penyampaian Hadiah |
Semua peserta gembira mendengar taklimat AJK Audio |
Ucapan penutup daripada guru penasihat LPS |
Majlis penutup diuruskan dengan jayanya oleh pengawas-pengawas pelatih |
No comments:
Post a Comment