Pada 15 Mei 2018, persediaan bagi Majlis Sambutan Hari Guru telah diadakan. Lembaga Pengawas Sekolah telah diamanahkan untuk menjayakan majlis sambutan ini bersama-sama Badan Kepimpinan Sekolah yang lain iaitu Majlis Ketua Tingkatan, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Pengawas Koperasi Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah. Setiap unit diagihkan tugasan tertentu. Tema Sambutan pada tahun ini ialah Kembali Ke Sekolah. Semua AJk telah menjalankan tugasan dengan baik dan majlis tahun ini berjalan lancar dan meriah, Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru pada tahun ini.