Majlis Watikah Badan Kepimpinan Sekolah telah diadakan pada 13 Febuari 2017. Lembaga Pengawas Sekolah sebagai badan induk bagi semua badan kepimpinan sekolah telah membuat persiapan awal bagi majlis ini. AJK yang dilantik telah membantu guru-guru bagi melancarkan majlis watikah pada tahun ini. Kerjasama semua ahli amat memberangsangkan. Raptai penuh majlis telah dijalankan dengan baik. Majlis watikah pada tahun ini berjalan lancar. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Fathilah b Mohd Noor, SIPartner+ , mewakili Tuan PPD Daerah Perak Tengah. Semoga semua ahli LPS terus BERPRESTIJ.
BARISAN LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH 2017
LPS BERPRESTIJ, SMKSI EXCELLENT