Sambutan Hari Raya Pengawas Sekolah telah julung-julung kalinya diadakan. Tujuan sambutan ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturahim di kalangan pengawas dan guru displin dan pengawas sekolah. Selain itu, ia juga bertujuan melatih pengawas menyediakan kertas kerja dan melaksankan dan menjayakan sesuatu program dengan baik dan teratur. Sekalung tahniah buat semua ahli Lembaga Pengawas yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 3 dan 2 yang telah berjaya melaksankan sambutan ini dengan cemerlang.
- Mesyuarat AJK pelaksana diadakan sebanyak 2 kali pada 29 Julai dan 5 Ogos 2015
- Persiapan untuk majlis sambutan bermula pada hari Khamis 6 Ogos 2015 jam 3.00 hingga 5.00 petang.
- Sambutan diadakan pada hari Jumaat 7 Ogos jam 3.00 ptg bertempat di Dewan Terbuka SMKSI
- Mesyuarat post mortem telah dijalankan pada hari Rabu 12 Ogos 2015 bagi membincangkan kekuatan dan kelemahan pengurusan dan pelaksanaan sambutan ini.
Adalah diharapkan majlis seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada tahun akan datang.
PERSIAPAN PENTAS DAN TEMPAT SAMBUTAN HARI RAYA
WARNA WARNI SAMBUTAN HARI RAYA KAMI
|
Pengacara Majlis |
|
Pengerusi Sambutan Hari Raya Saudara Amirul Amri Yusri |
|
Bacaan doa oleh Muhammad Afif Azahari b Azmazulailah |
|
Ucapan Perasmian oleh En Abu Hamid b Meri, PK Pentadbiran | | | | | | | | | |
|
Gimmik perasmian di sempurnakan oleh tetamu jemputan
|
Semoga berjumpa lagi pada Ramdhan dan Syawal tahun hadapan. |
|
Tahniah AJK Pelaksana Pengawas Perempuan Tingkatan 2 dan 3 |
|
Tahniah AJK Pelaksana Pengawas Lelaki Tingkatan 2 dan 3 |