Pada petang 18 Mei 2015 bermula jam 3.00 petang, kami memulakan kerja mengemas pentas dan menyimpan peralatan yang telah digunakan semasa sambutan hari guru pagi tadi. Kerja sepakat membawa berkat. Walaupun keletihan tetapi kami merasa gembira dan berpuas hati kerana segala yang kami rancang berjalan dengan baik. Segala kekurangan yang berlaku akan kami jadikan pengajaran semoga sambutan hari guru tahun hadapan lebih meriah lagi.
Visi : Lembaga Pengawas SMK Seri Iskandar Bestari, Cemerlang, Gemilang.
LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR
Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.
Tuesday, 2 June 2015
SEGARKAN KEHANGATAN HARI GURU TAHUN INI DENGAN AIS KRIM LPS
Pada 18 Mei 2015, Lembaga Pengawas Sekolah telah mengambil kesempatan membuat jualan ais krim dan puding sempena sambutan Hari Guru tahun ini. Kami berjaya mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan aktiviti LPS tahun ini. Terima kasih kepada semua warga SMKSI yang memberi sokongan atas usaha kami ini.
BULAN MEI: 18 MEI 2015: SAMBUTAN HARI GURU SMK SERI ISKANDAR
Hari yang sangat mendebarkan kami Lembaga Pengawas Sekolah. Kami berdoa agar majlis Sambutan Hari Guru sekolah kami berjalan lancar.
Pamplet yang kami sediakan untuk sambutan Hari Guru tahun ini dengan kerjasama guru penasihat Pengawas Pusat Sumber Sekolah Puan Nurul Rofishah bt Hj Mohd Saad.
WARNA WARNI SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015
Perarakan masuk semua guru |
Harmoni pagi ini.. |
Panglima dan dayang-dayang datang menghadap membawa persembahan |
Gimik perasmian |
Kek daripada Maljis Kepimpinan Sekolah dan AJK PIBG |
Barisan guru SMKSI |
Ikar |
Bahawasanya kami guru-guru.... |
Meriah di arak |
Guru lelaki tidak ramai jumlahnya tetapi kacak bergaya |
Meriah sungguh berpakaian tradisional Melayu |
Tadisional Melayu |
Segak sungguh cik gu-cik gu kami hari ini... |
Kad ucapan "Gergasi" |
Terima kasih Ketua Pengawas Sekolah, Biro Jualan dan Biro Perhimpunan |
Terima kasih pengacara majlis |
Lempar Seliper ni.... |
Berbaju melayu dan bersampin tidak menghalang guru kami bersukan |
JK PIBG juga turut serta |
Tema tadisional tahun ini |
Kami bersyukur kerana sambutan hari guru tahun ini berjalan dengan lancar. Melihat kemeriahan dan kegembiraan semua guru membuatkan kami gembira.
"SELAMAT HARI GURU CIK GU"
BULAN MEI: 15 MEI 2015 DAN 17 MEI 2015
Pada 15 Mei 2015, bermula jam 3.00 petang sehingga 5.30 petang, kami telah memulakan kerja-kerja awal persiapan hari guru tahun ini. Pada 17hb Mei 2015 bermula jam 8.00 pagi kami sekali lagi bergotong royong menyiapkan pentas dan mengadakan raptai penuh untuk sambutan hari guru tahun ini. Kami menjalankan raptai ini agar perjalanan sambutan hari guru tahun ini berjalan lancar. Kerjasama yang diberikan oleh semua AJK Majlis Kepimpinan Sekolah amat menggalakkan. Kami merasa sangat gembira kerana dapat menimba banyak pengalaman baru semasa melakukan persiapan dan raptai ini. Kami juga gembira kerana banyak perkara baru yang kami pelajari, yang mana tidak dapat kami perolehi melalui pembelajaran di dalam kelas. Rupa-rupanya bukan mudah untuk mengelolakan sesuatu majlis. Kami juga dikejutkan dengan kehadiran Tuan Pengetua kami, Puan Mashitah bt Ismail yang sudi bersama-sama kami pada pagi Ahad berkenaan. Terharu kami atas kerjasama yang diberikan oleh Tuan Pengetua kami. Terima kasih kepada guru Penasihat kami, Pn Tajunijah bt A.M.S. Aboo Backer yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami Lembaga Pengawas Sekolah dan juga semua AJK Majlis Kepimpinan Sekolah yang terlibat. Tidak lupa juga kepada Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMKSI iaitu En Mohd Effendi b Abd Mokti yang berada bersama-sama kami pada hari yang berkenaan.
SENARIO PADA 15 MEI 2015 DAN 17 MEI 2015
Sarapan dahulu. |
Pemain Kompang SMKSI |
Pesilat SMKSI |
"Jangan lupa bila dicucuk bunga mangagar ni sepatutnya menjadi rimbun" |
Masing-masing teringin melihat hantaran untuk VVIP...tunggu esok |
"Ukur dahulu sebelum digergaji" |
"Seperti kenduri kahwin" |
"Kira jumlah bunga manggari ni dan bahagikan kepada dua agar bunga manggar sama rimbun dan cantik" |
Menulis ucapan Hari Guru : Sudah tidak sabar menunggu esok |
Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah: Pn Tajunijah bt A.M.S. Aboo Backer bersama beberapa ahli MKS |
Pengerusi KGKT SMKSI: En Mohd Effendi b Abd Mokti |
Dalam keghairahan berkerja kami tidak menyedari masa begitu pantas bergerak. Pukul 2.30 petang semua kerja kami selesai. Kami merasa puas hati dan gembira. Kami mengharapkan agar usaha kami diberkati Allah dan semoga sambutan Hari Guru sekolah kami esok berjalan lancar.
Subscribe to:
Posts (Atom)