LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Tuesday, 14 April 2015

PROGRAM PONTENG SIFAR

Pada hari Isnin, 13 April 2015 bertempat di Dataran Bestari SMK Seri Iskandar satu ceramah khas telah diadakan sempena program Ponteng Sifar. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Ahmad Zakuan b Hj Mohd Razi, Penolong PPD (HEM), PPD Perak Tengah. Matlamat program ini adalah bagi memantau dan membanteras gejala ponteng di kalangan murid. Objektif program ini adalah untuk:
1. menarik minat murid  datang ke sekolah.
2. mengurangkan kadar ponteng
3. menyedarkan murid kesan negatif ponteng
4. memberi kesedaran kepada ibu bapa  dan masyarakat tentang gejala ponteng yang berleluasa.
Tuan Pengetua, Puan Mashitah bt Ismail menyampaikan ucapan.

Encik Halim b Hassan, Penolong Kanan HEM sedang  berbincang bersama Encik  Ahmad Zakuan b Hj Mohd Razi

Murid-murid tekun mendengar ceramah

Barisan pengawas sekolah yang bersiap sedia untuk bertugas

Ahli lembaga pengawas sekolah yang membantu perjalanan  program pada hari berkenaan

Penolong PPD (HEM), PPD Perak Tengah, Encik Ahmad Zakuan b Hj Mohd Razi sedang menyampaikan ceramah.

Ahli lembaga pengawas yang bertugas sebagi juru foto sepanjang majlis berlangsung

Bersiap sedia membantu guru bertugas


Bacaan Ikrar Ponteng Sifar oleh Ketua Pengawas Sekolah


Monday, 6 April 2015

SUKANEKA LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH

Pada hari Sabtu 4 April 2015 telah berlangsungnya sukaneka Lembaga Pengawas Sekolah  bertempat di Dataran Bestari  dan Padang SMK Seri Iskandar. Sukaneka ini   bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara semua pengawas. Pada jam 8.00 pagi para peserta berkumpul di Dataran Bestari dan seterusnya bergerak ke Padang Sekolah untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancang. . Seramai   53 orang ahli  telah menjayakan sukaneka tersebut. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah 'Tactical War'. Terima kasih kepada ibu salah seorang ahli Lembaga Pengawas Sekolah yang telah menaja jamuan ringan pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada Puan Zuwita Hazwani bt Mohd Hasim yang telah membantu menyelaras aktiviti pada tersebut. Tahniah kepada semua ahli Lembaga Pengawas yang terlibat. 
Seawal jam 8.00 pagi semua pengawas yang hadir memulakan sesi memanaskan badan.




AJK sukaneka membentuk kumpulan 


"Goodies bags"


"Tactical War"

Wajah ceria

Pertahankan tin-tin anda!

Kubu pertahanan 




Berselera menikmati jamuan ringan  yang ditaja ...terima kasih daun keladi.

  
Terima kasih  atas kerjasama yang diberikan.

Berjaya!

Terima kasih dan tahniah!

LEMBAGA PENGAWAS SEDIA BERKHIDMAT

Pada tanggal 2 Mac telah diadakan Majlis Pelancaran Karnival MBMMBI bagi tahun 2015. Seterusnya majlis penutup diadakan pada 23 Mac 2015. Lembaga Pengawas Sekolah seperti biasa turut serta menyumbang tenaga bagi  persiapan tempat bagi kedua-dua majlis. Ahli Lembaga Pengawas Sekolah juga turut terlibat dalam persembahan dalam majlis penutup karnival tahun ini. Kerjasama yang diberikan oleh ahli Lembaga Pengawas Sekolah dalam majlis rasmi sekolah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Menyelaras  sistem audio

Menyelaras tempat duduk tetamu kehormat

Menyediakan rostrum

Menyediakan kerusi  semua guru


Terlibat dalam  persembahan bagi majlis penutup MBMMBI