Lembaga Pengawas Sekolah telah menjalankan kempen Sifar Makan Minum di dalam Kelas. Kempen ini telah dilancarkan pada hari Selasa 27 hb Februari,2015 pada jam 7.25 pagi oleh En Halim b Hassan, Penolong Kanan Hal Ehwal Muird SMK Seri Iskandar. Pada majlis tersebut semua ketua tingkatan dari kelas Pendidikan Khas dan tingkatan 1 hingga 5 telah diberikan poster kempen berkenaan untuk dipamerkan di papan kenyataan kelas masing-masing. Adalah diharapkan semua pelajar memberikan kerjasama dalam menjayakan kempen ini dan mematuhi peraturan sekolah seperti yang termaktub dalam Buku Peraturan Sekolah SMK Seri Iskandar.
Visi : Lembaga Pengawas SMK Seri Iskandar Bestari, Cemerlang, Gemilang.
LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR
Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.
Sunday, 22 February 2015
KEMPEN SIFAR MAKAN DI DALAM KELAS
AYUH MAKAN MINUM
DI KANTIN
SEKOLAH
KEMPEN SIFAR
MAKAN MINUM DI DALAM KELAS
Buku
Peraturan SMK Seri Iskandar
·
Tata
tertib dalam kelas (ms 16)
4.5 Pelajar dilarang makan dan minum dalam kelas.
Thursday, 19 February 2015
Sunday, 15 February 2015
"Back to School" - Kembali ke Sekolah
"
"Back to School" atau Kembali ke Sekolah. Ahli Lembaga Pengawas Sekolah tetap komited dengan bersama-sama menjayakan gotong royong bersama ahli Lembaga Pengawas yang lain di sekolah. Walaupun mereka telah meninggalkan Lembaga Pengawas Sekolah dan SMK Seri Iskandar mereka tetap kembali menyerikan suasana gotong royong Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Bahasa. Terima kasih adalah perkataan yang mudah dilafazkan tetapi tidak memadai dengan jasa dan bakti yang telah mereka curahkan di sekolah. Semoga mereka akan terus berbakti buat sekolah yang tercinta ini.
Program Gotong Royong
Gotong royong adalah salah satu aktiviti yang unik.Ahli Lembaga Pengawas Sekolah juga tidak ketinggalan menjayakan program gotong royong di sekolah. Pada tahun ini kami telah menjalankan gotong royong untuk mengemaskini Bilik Lembaga Pengawas Sekolah. Usaha kami menampakkan kejayaan dan kini kami mempunyai sebuah bilik kecil yang dikhaskan kepada Lembaga Pengawas Sekolah. Terima kasih kepada Puan Mashitah bt Ismail,Tuan Pengetua kami dan juga En Halim b Hassan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Pengawas, Pn Tajunijah bt A.M.S. Aboo Backer, En Hazrin b Ahmad, Pn Nur Farah Hayati bt Abu Mangshor dan Puan Mahiran bt Idris yang banyak memberikan dorongan dan kerjasama dalam menjayakan usaha kami ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)