LEMBAGA PENGAWAS SMK SERI ISKANDAR

Assalamualaikum and Hi!
Welcome to Lembaga Pengawas Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar's blog. We share everything about the Prefect Board of SMK Seri Iskandar here.
Enjoy your visit.

Thursday, 8 January 2015

Strategi dan Jangka Masa.

STRATEGI :


  • Mengenal pasti, menemu duga, dan memilih murid sebagai pengawas.
  • Orientasi dan pelantikan pengawas.
  • Ceramah disiplin dan kempen bagi mematuhi disiplin dan peraturan sekolah.
  • Operasi pemeriksaan disiplin murid.
  • Penerangan dan peringatan mengenai peraturan sekolah.
  • Mengadakan mesyuarat bagi memastikan tugasan dibuat dengan terancang.
  • Mengadakan mesyuarat bulanan diantara pengawas dan guru pengawas membincangkan masalah disiplin.


JANGKA MASA :

  • Sepanjang tahun berdasarkan program yang dilaksanakan dalam takwim.

Objektif dan Sasaran.

OBJEKTIF :

  • Memastikan setiap murid dapat melaksanakan tanggungjawab dan mematuhi setiap arahan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Kecemerlangan disiplin menjurus ke arah kecemerlangan akademik.
  • Pengurusan unit Lembaga Pengawas Sekolah akan lebih teratur dan efektif.
  • Segala urusan disiplin dan badan pengawas tercatat dan direkodkan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai sifat kepimpinan yang terlatih.

SASARAN :

  • Semua warga akademik dan bukan akademik sekolah.
  • Semua pengawas sekolah.
  • Semua murid sekolah.
  • Semua ibu bapa dan penjaga murid SMK Seri Iskandar.

Visi dan Misi Lembaga Pengawas Sekolah SMK Seri Iskandar.

VISI :


  • Lembaga Pengawas SMK Seri Iskandar Bestari, Cemerlang, Gemilang.



MISI :

  • Melaksanakan agenda Kementerian Pelajaran Malaysia bersesuaian dengan peringkat sekolah kepada semua murid bagi menghasilkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum untuk membentuk insan yang berkemampuan dalam menghadapi segala cabaran.

Pengenalan

Perancangan ini bertujuan sebagai garis panduan kepada Lembaga Pengawas Sekolah bagi memastikan segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan seperti yang dirancang pada tahun ini.